LANTIK ARKITEK /PERUNDING SEBELUM PEMBINAAN RUMAH - Bina Rumah Idaman

Kami Bina Rumah Idaman Anda

Follow us on Facebook Empire Prospect Ent

Hot

Post Top Ad

Global

utama

utama

utama

CNN.com - RSS Channel

CNN.com - RSS Channel - World

CNN.com - RSS Channel - Regions - Middle East

CNN.com - RSS Channel - App International Edition

Facebook

Popular Posts

Saturday 22 April 2017

LANTIK ARKITEK /PERUNDING SEBELUM PEMBINAAN RUMAH

LANTIK ARKITEK /PERUNDING SEBELUM PEMBINAAN RUMAH

Jika anda bercadang untuk membina kediaman baru atau membuat tambahan kepada rumah sediada, anda perlu melantik akitek/perunding yang akan menguruskan semua hal yang berkaitan dengan pihak majlis. Di bawah ini dihuraikan serba ringkas tentang peranan akitek/perunding.

Apakah skop kerja akitek/perunding dalam urusan pembinaan atau ubahsuai rumah kediaman?
- menjadi penasihat & memberi panduan kepada klien berkenaan masalah ubahsuai rumah
- memberi khidmat rekabentuk sesuai dengan keperluan & kemampuan kewangan klien
- membuat rekabentuk yang yang praktikal & selamat
- membeli & mengisi borang bagi pihak klien
- mengemukakan pelan-pelan ke pihak majlis bagi pihak klien sehingga mendapat kelulusan
- menghadiri temujanji @ mesyuarat perbincangan bersama pihak majlis
- membuat rayuan bagi pihak klien jika berlaku masalah saman/denda dsb
- membantu klien dalam pemilihan kontraktor binaan yang sesuai
- memastikan kerja-kerja ubahsuai mengikut undang2 bangunan sehingga siap binaan
- memantau kerja-kerja pembersihan & pembuangan sampah sisa binaan
- membantu klien dalam urusan tuntutan wang cagaran ubahsuai rumah dari pihak majlis jika rumah telah siap dan sampah sisa binaan telah dibuang oleh kontraktor sampah yang berlesen.

Apakah dokumen tambahan yang perlu dikemukakan bersama pelan ke pihak majlis?
Sebelum pelan dikemukakan ke pihak majlis, anda perlu sediakan;
a. Salinan dokumen jual-beli rumah atau geran/surat hakmilik
b. Salinan cukai pintu & CF rumah
c. Surat kebenaran jiran sebelah (kecuali rumah banglo)
d. Gambar rumah sediada bahagian depan/tepi/belakang
e. Duit bayaran proses pelan/permit/cagaran/tong sampah Alamflora dsb
Semua perkara di atas diserahkan kepada pihak akitek/perunding anda.


KAMI BUAT UNTUK ANDA..... 

No comments:

Post a Comment

CNN.com - RSS Channel - World

Post Top Ad