UNIT KIRAAN UNTUK TANAH - Bina Rumah Idaman

Kami Bina Rumah Idaman Anda

Follow us on Facebook Empire Prospect Ent

Hot

Post Top Ad

Global

utama

utama

utama

CNN.com - RSS Channel

CNN.com - RSS Channel - World

CNN.com - RSS Channel - Regions - Middle East

CNN.com - RSS Channel - App International Edition

Facebook

Popular Posts

Saturday, 22 April 2017

UNIT KIRAAN UNTUK TANAH

Dalam geran tanah yang berzaman, banyak unit lama digunakan seperti rantai, relung, pole , hasta. Setelah diubah kepada sistem metrik, pengiraan semula mesti dibuat untuk menukar semua butiran kiraan lama dalam versi baru. Disini anda boleh merujuk bagaimana hendak mengetahui berapa luas tanah sebenar.
CARA MENGETAHUI UNIT SEBENAR YANG DIGUNAKAN
Tips untuk mengetahui unit ukuran sebenar yang digunapakai dalam pelan-pelan geran tanah dan pelan akui yang lama. Lakukanlah sedikit perkiraan mudah iaitu dengan melihat pada keluasan tanah yang tertulis di bawah nombor lot yang terdapat dalam pelan itu. Buatlah pengiraan kasar dengan mengambil jarak lebar dan jarak panjang lot tanah seperti yang tertulis secara asal bagi lot yang dalam bentuk segiempat dan cuba kira luasnya ( lebar X panjang = luas ). Lihat hasil kiraan kasar itu dan bandingkan dengan jumlah luas yang tertulis di dalam geran tanah tersebut. Jika jawapannya adalah samada tidak hampir tepat atau sangat jauh meleset maka ulang pengiraan dengan menggunakan unit yang lain pula.
Maksudnya, untuk mengetahui unit yang sebenar kita perlulah menukar unit luas lot tanah tersebut dan tukarkan juga unit lebar dan panjang lot tanah itu kepada satu unit 'ANGGAPAN' terlebih dahulu sebelum mengiranya.
Percayalah, setelah kita menukar unit anggapan sebanyak beberapa kali barulah kita akan mengetahui apakah unit sebenar yang telah digunakan bagi setiap jarak yang tertulis di dalam pelan itu. Kuncinya adalah keluasan lot tanah yang ditulis di dalam geran tersebut. Jika luas lot itu tertulis dalam bentuk 'hektar', 'ekar', 'Rood' dan 'pole' tukarlah kepada unit 'meter persegi' dahulu. Buatlah anggapan bahawa jarak-jarak asal sempadan tanah itu adalah ditulis dalam unit 'ling', 'rantai atau 'kaki' dan tukarkannya kepada 'meter' dahulu. Mula-mula gunakan unit 'ling' tukarkan kepada meter dan kira luas lot tanah itu. Jika salah ulang lagi dengan membuat anggapan jarak itu ditulis dalam unit 'rantai' pulak. Begitulah seterusnya sampailah kita mendapat jawapan yang paling hampir tepat keluasan lot tanah itu di dalam unit 'meter persegi' seperti yang tertulis di dalam geran tanah itu.
CARA MENGIRA KELUASAN LOT TANAH
Di dalam geran tanah yang lama, keluasan lot tanah akan ditulis dalam unit Ekar, Rood dan Pole. Unit Ekar akan ditulis sebagai 'a', unit Rood akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Pole, Perch atau Rod yang sama nilainya pula akan ditulis sebagai 'p' sahaja.
Tetapi terdapat juga geran tanah yang dulunya terletak di dalam kawasan pertanian yang ditulis dengan menggunakan unit Relung dan Jempa bagi keluasan lot tanah tersebut. Unit Relung akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Jempa pula akan ditulis sebagai 'j'.
CONTOH MENGIRA LUAS TANAH DALAM UNIT EKAR
Jika keluasan tanah dalam geran ditulis sebagai :
2a. 1r. 0007p.
Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :
2 ekar + 1 Rood + 7 pole
Formula asasnya adalah :
1 ekar = 4046.86 m2
1 Rood = 1011.7 m2
1 pole = 25.293 m2
Di dalam unit meter keluasannya adalah :
= ( 4046.86 x 2 ) + ( 1011.7 ) + ( 25.293 x 7 )
= 8093.72 + 1011.70 + 177.05
= 9282.47 meter persegi
Di dalam unit kaki pula keluasannya adalah :
= ( 9282.47 m2 x 10.764 )
= 99,916.5 kaki persegi
CONTOH MENGIRA LUAS TANAH DALAM UNIT RELUNG
Jika keluasan tanah dalam geran ditulis sebagai :
2r. 383j.
Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :
2 relung + 383 jempa
Formula asasnya adalah :
1 Relung = 30,976 kp
1 Jempa = 64 kp
Di dalam unit kaki keluasannya adalah :
= ( 30,976 x 2 ) + ( 64 x 383 )
= 61,952 + 24,512
= 86,464 kaki persegi
Di dalam unit meter pula keluasannya adalah :
= ( 86,464 kp / 10.764 )\= 8032.70 meter persegi






No comments:

Post a Comment

CNN.com - RSS Channel - World

Post Top Ad